Jumaat, Oktober 16, 2009

Khas Buat Pendokong Perjuangan Islam - Muhasabah PRK Bagan Pinang

Pandangan dari seorang Pensyarah...


Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.

2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.

3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.

4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.

5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.

6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.

7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).

8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.

Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara. Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :

" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

Ustaz Zuridan Daud (Pensyarah UMP)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga orang seperti Ustaz ini yang memimpin dan membimbing PAS.. pasal yang banyaknya saya nampak pensyarah banyak bersyarah sahaja dari buat apa yang patut..

padanlah PAS begini dan begitu kerana di akar umbi dan banyak tahap organisasi, PAS dipimpin oleh mereka yang terdiri dari tukang rumah, tukang paip, opis boy, drebar lori, pekerja kontrak...

tahap pendidikan dan tarbiyah mereka tak maksima, tapi iAllah mampu bimbing diri dan jaga imej jemaah. Tapi banyak plak yang hebat2 dari kalam, hujah, bicara, idea dll terdiri dari macam tu lah, pensyarah, guru dll.. bila diaju, diminta pimpin dan bimbing Gerakan Islam PAS ni mulalah banyak alasannya: tunggu ana pencenlah, tunggu hutang ana habislah, tak bolehlah etc..


amacam...
ini pendapat peribadi saya..

Saya bukan pensyarah Universiri, saya org tak reti...
saya bukanlah golongan melenting bila dikritik tapi meluat tgk golongan tertentu ni...

Ampunkan saya.. anggap ini pun kritikan yang membina juga ya untuk kebaikan Islam..

PAS Semenyih berkata...

ana sokong pendapat anta....kebanyakkannya byk bercakap dari membuat kerja bukan hanya golongan pensyarah tapi kengkadang tu golongan biasa pun byk memberi komen cuma bagi kita apa yg dikomen tu baik utk kita jadikan panduan, kita ambillah....cuma satu ana nak nak bagitau lebih elok & molek kalau yg memberi komen dlm blog MTD Semenyih tidak menggunakan ganti nama dia `Tanpa Nama' sbb kita telah diberi nama yg baik-baik tapi kita ngaku yg kita ni takde nama...wassalam