Isnin, Disember 21, 2009

Sambutan 25 Tahun Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat

ihsan dari blog MTD Dusun Tua


Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat, satu karnival iaitu Karnival Rakyat - Jom Halal- akan diadakan dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Kajang.

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya sumbangan kepada fakir miskin, jualan produk halal, persembahan wayang kulit, persembahan teater, paintball, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

Terdapat juga perkhidmatan kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, Kaunter MES, pertandingan booth terbaik, pameran dan jualan.

TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)

25 Dis.2009 (Jumaat)
3.00 pm Majlis Perasmian (Perasmi : Y.A.B. MB Selangor)
9.00 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – Kump as-Sofi, Kump. In-Team, Solo Azhan &
Solo Nazrey Ex-Raihan)

26 Dis. 2009 (Sabtu)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana : BICARA HALAL

27 Dis. 2009 (Ahad)
7.00 am - 12.00pm : Larian Rakyat
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum Perasmian 25 Tahun PAS Kawasan

28 Dis. 2009 (Isnin)
3.00 pm : Penyampaian pokok-pokok oleh Jabatan Pertanian
9.00 pm : Pertunjukan Fesyen (SHAMENSI)
: Dikir Barat
: Persembahan Kebudayaan Master Skill

29 Dis. 2009 (Selasa)
3.00 pm : Bantuan baju sekolah kepada anak-anak miskin di Hulu Langat
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin)

30 Dis. 2009 (Rabu)
3.00 pm : Program Ibu Tunggal
9.00 pm : Wayang kulit (Etong dari Kedah)

31 Dis. 2009 (Khamis)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Ceramah Agama (Ustaz Khairuddin Hamzah)

1 Jan. 2010 (Jumaat)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum (Pakatan Rakyat)

2 Jan. 2010 (Sabtu)
9.00 am – 5.00 pm : Pertandingan Gubahan
: Pertandingan Memasak
: Persembahan Pentas Teater (Pelawak Sabri Yunus & Pelajar Ma’ahad Tahfiz)
8.30 pm – 11.00 pm : Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy

3 Jan. 2010 (Ahad)
9.00 am – 5.00 pm : Poco-poco / Boling padang
: Pertandingan Paintball
: Majlis Penutup

Khamis, Disember 17, 2009

Isnin, Disember 14, 2009

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Bawah 16 di Semenyih

Satu pertandingan bolasepak 9 sebelah bawah 16 tahun telah diadakan pada 6 Disember yang lalu bertempat di Padang Awam Pekan Semenyih. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat dan mendapat sokongan penuh dari MTD Semenyih.

Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Negeri Selangor Sdr. Ahmad Zaidy B. Abdul Muttalib yang juga selaku penyampai hadiah kejuaraan pada hari tersebut.

Didalam pertandingan tersebut pasukan yang diberi nama CIMB-B telah menjuarai dengan kemenangan 1-0 mengalahkan Pemuda Rinching-A.

Juara

Naib Juara

TAHNIAH kepada yang menang dan kepada yang belum berjaya usaha lagi pada masa akan datang.

Klik sini untuk melihat aksi-aksi yang lebih menarik.

Khamis, Disember 10, 2009

Makan Malam DAP Semenyih

Semenyih 5 Dis. - YB Dr. Che Rusli B. Che Mat telah dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam DAP Semenyih, turut serta bersama beliau ialah YDP PAS Kawasan Hulu Langat Tn. Hj. Razali Hassan yang turut diiringgi oleh beberapa AJK PAS Kawasan dan AJK MTD Semenyih bagi mewakili PAS dalam majlis tersebut.

Kehadiran masyarakat cina Semenyih didalam majlis tersebut amat baik sekali, kami difahamkan sebanyak lebih 200 buah meja telah berjaya dijual dengan anggaran harga sebuah meja sebanyak RM1000.

Komitmen masyarakat Tionghua ini didalam memberi sumbangan dan sokongan terutamannya didalam menghulurkan wang ringgit patut menjadi contoh kepada kita untuk direalisasikan didalam perjuangan PAS.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen P.J Utara YB Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Eam Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching, Ketua Pemuda DAP YB Anthony Loke Siew Fook yang juga merupakan ADUN Lobak Negeri Sembilan dan beberapa pimpinan PKR dan DAP tempatan.

Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Rabu, Disember 09, 2009

Sampah...ohh...sampah....

Sampah...oh...sampah.....sampai naik menyampah tengok....

Inilah sikap masyarakat kita...suka sangat melihat keadaan ini berlaku, apa yang ada dalam pemikiran mereka...takpe PBT ada atau mereka kata Alam Flora ada...nanti dia orang ni takde kerja pulak...itulah mentaliti masyarakat kita..

mari kita tengok gambar ni...

dan ini....

perkara ini berlaku selepas satu majlis hiburan yang berlaku di Padang Awam Semenyih pada petang 4 Disember yang lalu dimana satu majlis anjuran salah sebuah syarikat telekomunikasi dengan kerjasama syarikat hiburan tempatan.


ahli majlis MPKj En. Samsol Bahari yang juga merupakan Pengarah MTD Semenyih menunjukkan keadaan sampah yang terdapat disekitar kawasan padang tersebut.

sekumpulan sampah-sampah itu berada diatas padang dari petang Jumaat hinggalah ke hari Ahad dimana padang awam Semenyih itu digunakan untuk satu kejohanan bolasepak....lihat gambar diatas...

lu pikir la sendiri.....masyarakat Malaysia khususnya di Semenyih ini....

Sabtu, Disember 05, 2009

Nik Aziz Tidak Rujuk Pada Mana-mana Pemimpin


Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya.

"Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu perhimpunan di Kota Bharu semalam.

Perhimpunan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu itu, diadakan sebagai membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz Selasa lalu.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz dilapor menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Anual Bakhri berkata, perkataan "pecah perut" yang diucapkan Nik Aziz hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.

"Itu analogi. Bukan maknanya pecah perut (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak atau (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi siapa sahaja yang buat aniaya. Dalam konteks ini (penafian royalti minyak), kezaliman berlaku," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Anual Bakhri berkata, Nik Aziz ingin menegaskan bahawa larangan meminum arak diharamkan kepada orang Islam, tetapi terpulang kepada masyarakat bukan Islam jika mahu menikmatinya.

"Tetapi bukan maknanya kita hendak galakkan orang minum arak," katanya.

Katanya, respons itu diberikan ekoran hasrat beberapa masyarakat bukan Melayu daripada Perak yang mahu datang ke Kelantan untuk minum arak. Malaysiakini/-