Rabu, September 30, 2009

Bagan Pinang : Dewan Pemuda sokong penuh dan kerja kuat



BAGAN PINANG, 30 Sept - Dewan Pemuda PAS Pusat menghadapi realiti pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan, ujar Ketuanya Ust Nasrudin Hassan Tantawi.

Katanya, cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000. Namun kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif.

"Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang," tulis beliau dalam blognya, episodeperjuangan.blogspot.com.

Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat.

"Pelbagai strategi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini," ujarnya.

Justeru itu, tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan, beliau berharap semua pemuda dapat memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi bagi mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar PAS sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti. Namun beliau turut mengingatkan, supaya tidak 'over confident' lalu bertindak sambil lewa.

"Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul," nasihat beliau lagi.

Sementara itu beliau berkata, kepada individu yang ingin menyambang bagi membiayai gerakkerja dakwah dan bahan-bahannya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ].

Beliau sebelum itu mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat.

Selasa, September 29, 2009

Zulkefly Calon PAS Di Bagan Pinang

Dari Malaysiakini...

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isnin, September 28, 2009

Paluan `Gendang Perang' sudah berbunyi...


PRK N.31 Bagan Pinang: Paluan `Gendang Perang' sudah berbunyi dan kepada petugas-petugas PAS khususnya di DUN Semenyih ini diminta untuk mendaftarkan diri kepada Pengarah MTD Semenyih ditalian 013-6317167 (Sdr. Samsol Bahari) dimana PAS Selangor telah memutuskan bahawa PAS Kaw. Hulu Langat diminta bertugas WAJIB di Unit Peti Undi (UPU) Ladang Bratwall yang majoriti penduduk disitu adalah kaum India. Hari bertugas bermula pada 9 Syawal 1430 bersamaan 28 Sept. 09 (Isnin) sehingga kita mencapai kemenangan di Bagan Pinang...Insya-Allah...

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

BAGAN PINANG – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang tadi, 26September.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/PRKBaganPinang1%20014.jpgKetiga-tiga ketua sayap parti komponen PR hadir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera serta Pejabat gerak-gempur bersepadu Pemuda Parti Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident)

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan UMNO dan BN.






Jumaat, September 25, 2009

Hassan Ali Tidak Bersendirian


Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tidak sendirian dalam memperjuangkan hak dan keadilan untuk seluruh rakyat Selangor. Sebagai pendokong perjuangan Islam, PAS perlu adil hatta kepada lawan dan inilah dasar perjuangan PAS. Tidak terkecuali kepada kakitangan kerajaan negari. Penegasan beliau dalam urustadbir dan operasi Selcat perlu diambil perhatian. Tambahan lagi beliau adalah exco kerajaan negeri. Teguran beliau yang dilihat lebih memihak kepada kakitangan kerajaan tidak boleh dilihat sebagai membelakangkan kerajaan. Ini adalah kerana secara prinsipnya keadilan perlu diberikan kepada semua pihak.

Bukan berniat untuk memalukan Selcat dan tidak juga mempertahankan kakitangan kerajaan. secara tidak wajar Bukan juga untuk menjadikan media sebagai medan perdebatan. Semua suara perlu didengar dan perlu diambil perhatian. Menyelar sesiapa di media tanpa hak juga tak wajar. Open enquiries bukan bermakna media enquiries. Ada medan dan sesi yang sesuai yang tanpa mengorbankan prinsip keadilan. Kita tak mahu nanti kerajaan dibebani saman malu yang akibatnya pembayar cukai terpaksa menanggung beban. Sedangkan dana itu sepatutnya untuk rakyat bukan membayar saman malu.

Apa yang menjadi kebimbangan saya kini sudah semakin ketara. Jumlah kerusi PAS yang sedikit di Selangor mengakibatkan suara PAS tidak berapa diendahkan oleh kawan dan lawan. Inilah lumrah kerajaan demokrasi. Mereka yang mempunyai suara terbanyak lebih dihargai dan dihormati walaupun suara minoriti mungkin lebih baik atau adil. Kini rakyat negeri Selangor sepatutnya sedar bahawa untuk mengembalikan semula kekuatan suara wakil orang Islam dan Melayu di Selangor jalan yang ada hanyalah dengan memberi sokongan yang lebih besar kepada PAS. Sekiranya PAS mempunyai kerusi yang majority di Selangor, pastinya suasana yang lebih baik akan dapat dilihat.

Mungkin kita terpaksa menunggu pilihanraya umum ke 13 baru mendapat hasil. Pun begitu usaha perlu digerakkan sekarang untuk memberi kesedaran kepada rakyat terutama kawasan yang ditandingi oleh PAS.

Kini kita lihat suara rayat mula didengari dan bantuan/sumbangan banyak dihulurkan oleh PR dan BN kepada rakyat, terutamanya ketika sambutan puasa dan hari raya baru-baru ini. Di ketika BN berkuasa, mereka terlalu angkuh dan beranggapan bahawa sekiranya BN kuat dan rakyat miskin selamanya rakyat akan bergantung hidup kepada UMNO dan BN. Kini bukan sahaja sewaktu bencana, hatta bila ada kematian dan kenduri kahwin pun sekiranya wakil rakyat PR dan BN tahu mereka akan berebut-rebut untuk datang. Inilah manfaatnya yang rakyat nikmati kini.

Perjuangan perlu diteruskan.... Insyallah rakyat akan melihat dan menilai.

0 comments

Pakatan Rakyat Selangor Semakin Matang...Insya-Allah


KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

Khamis, September 24, 2009

Jamuan Pagi Eidulfitri MTD Semenyih


MTD Semenyih akan mengadakan Rumah Terbuka `Pagi' Eidulfitri 1430 pada:

Tarikh: 29 Syawal 1430 bersamaan 18 Okt. 2009

Hari: Ahad

Waktu: 8.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat: Pasar Beranang

Semua dijemput hadir.

Sabtu, September 19, 2009

Perutusan Eidulfitri 1430H

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Warga Muslim DUN Semenyih yang dikasihi,

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Maksud firman Allah S.W.T: "Kamu semua wahai orang mukmin diminta menyempurnakan bilangan puasa sebulan dan kamu juga diminta bertakbir kepada Allah (berhari raya) kerana Allah beri kamu hidayat." (Al-Baqarah:185)

Nabi S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan didalamnya iaitu hari Eidulfitri dan hari Eiduladha. (Riwayat Abu Daud)

Setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiamullail, bersedekah, berzikir sepanjang bulan Ramadhan, Allah menyuruh kita bertakbir didalam kita menyambut hari raya. Takbir ialah sebutan `ALLAHU AKBAR' yang maknanya kita sebut dengan lidah sendiri bahawa `ALLAH MAHA BESAR'. Manakala yang lainnya ialah paling kecil yang mesti dipinggirkan bila bertembung dengan kehendak Allah S.W.T. Betulkah pengakuan Allahu Akbar yang selalu kita sebutkan didalam azan, solat dan laungan tertentu bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Agung atau hanya kita sebutkan dengan lidah sebagai satu tradisi sahaja?

Hari raya bukan tradisi ciptaan oarang melayu dan bukan juga tradisi ciptaan orang Arab tetapi ia adalah kehendak agama. Islam minta kita bersukaria, yang kita panggil berhari raya. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut diatas landasan agama maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Bersempena Eidulfitri kali ini, marilah sama-sama kita menginsafi segala keterlanjuran kita dihadapan Allah dan saling merenung kesilapan kita sesama makhluk Allah. Eidulfitri ini bukan sekadar harus dipupuk semangat bermaafan sahaja malah bagi mereka yang mampu dianjurkan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menyambut Eidulfitri dengan penuh kegembiraan. Namun harus diingat lebih dari itu, marilah kita bersama bersempena dengan Eidulfitri tahun ini kita menghidupkan kembali suasana Amar Makruf Nahi Mungkar dalam kehidupan masyarakat. Sesungguhnya adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama untuk memperbetulkan segala kesilapan didalam masyarakat kita.

Mudah-mudahan kita dianugerahkan oleh Allah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...Taqaballahhu Minkum

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR...WALILLAAHIL HAMD...

"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Daripada:

Pengarah & seluruh saf kepimpinan MTD Semenyih

Ketinggalan zamankah juga orang Jepun?



Oleh:Roslan SMS

Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star

Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.



Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!

Mantai Perdana

BERANANG 17 Sept. 09 / 27 Ramadhan1430 - Program Mantai Perdana DUN Semenyih diadakan pada setiap tahun didalam takwim MTD Semenyih dan pada tahun ini program ini diadakan dari 17 Sept. hingga 19 Sept. 09 dengan moto "Daging Untuk Rendang".

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama MTD Semenyih yang telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Y.B Dato' Dr. Hassan B. Mohamed Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Y.B Dato' Exco juga mengambil kesempatan untuk menyerahkan daging lembu"mantai" kepada keluarga miskin yang telah dipilih disekitar Beranang.

Tetamu VIP yang turut serta didalam program tersebut termasuk YDP MPKj Ybhg. Dato' Hasan Nawawi B. Abdul Rahman, Ahli Parlimen Hulu Langat Y.B Dr. Che Rusli B. Che Mat, YDP PAS Kawasan Hulu Langat Tuan Hj. Razali B. Hasan yang juga Ahli Majlis MPKj & Pengarah MTD Semenyih En. Samsol B. Bahari juga Ahli Majlis MPKj.

Program ini akan diadakan pada setiap tahun, insya-Allah































Jumaat, September 18, 2009

Bubur Lambuk MTD Semenyih kembali...

BERANANG Ramadhan 1430 - Pada setiap tahun didalam bulan Ramadhan MTD Semenyih akan mengadakan sumbangan bubur lambuk kepada masyarakat setempat, pada tahun ini kami memilih Bazaar Ramadhan Pekan Beranang untuk diagihkan sumbangan bubur lambuk tersebut.

Ketua-ketua kampung zon Beranang bersama AJK MTD Semenyih bergotong-royong untuk menyediakan hampir 1000 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan pada hari tersebut dan ditambah serikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Langat Y.B Dr. Che Rusli B. Che Mat yang bersama-sama melawat serta mengedarkan bubur lambuk tersebut dan insya-Allah program ini akan menjadi acara tahunan MTD Semenyih.

Gambar disekitar program tersebut.






Para petugas sedang membuat persiapan


Chef Hj. Rahim sedang memasukkan ramuan


Bubur yang telah siap dibungkus untuk diedarkan
















Mohon maaf dari PAS DUN Semenyih

Asssalamualaikum dan salam perjuangan,

Blog PAS DUN Semenyih akan diaktifkan kembali selepas ini, kami memohon jutaan kemaafan kerana hampir setahun blog ini tidak dikemaskini berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kami berharap ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS diluar sana khususnya didalam DUN Semenyih ini dapat memberi maklumat samada gambar, berita, pengaduan dan sebagainya kepada kami supaya kita sama-sama dapat mengemaskini maklumat-maklumat terutamanya yang berlaku didalam DUN ini.

Sebarang artikel, maklumat,pengaduan, peristiwa & gambar yang bersesuaian boleh dihantar ke alamat email passemenyih@yahoo.com untuk kami paparkan didalam blog ini.

`ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN'

`PAS UNTUK SEMUA'

Sekian, terimakasih

Wassalam,

Moderator
MTD Semenyih