Satu pertandingan bolasepak 9 sebelah bawah 16 tahun telah diadakan pada 6 Disember yang lalu bertempat di Padang Awam Pekan Semenyih. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat dan mendapat sokongan penuh dari MTD Semenyih.
Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Negeri Selangor Sdr. Ahmad Zaidy B. Abdul Muttalib yang juga selaku penyampai hadiah kejuaraan pada hari tersebut.
Didalam pertandingan tersebut pasukan yang diberi nama CIMB-B telah menjuarai dengan kemenangan 1-0 mengalahkan Pemuda Rinching-A.
Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Negeri Selangor Sdr. Ahmad Zaidy B. Abdul Muttalib yang juga selaku penyampai hadiah kejuaraan pada hari tersebut.
Didalam pertandingan tersebut pasukan yang diberi nama CIMB-B telah menjuarai dengan kemenangan 1-0 mengalahkan Pemuda Rinching-A.
TAHNIAH kepada yang menang dan kepada yang belum berjaya usaha lagi pada masa akan datang.
Klik sini untuk melihat aksi-aksi yang lebih menarik.
3 ulasan:
Tahniah kerana berjaya dengan anjuran ini. Cuma saya lihat etika berpakaian seorang muslim muslim tidak diikuti dengan penganjurnya adalah sebuah Parti Islam. (pakai seluar pendek)
yg tu takperla nak dakwah org tak semestinya terus paksa dia org pakai seluar panjang...cuma yg tak bestnya tak ada ke program selain bola yg pas semenyih ni lakukan..asyik2 bola je...muntah rakyat di buatnya...mula2 anjuran ngo india kawasan ni,pastu piala ketua pemuda pas hulu langat,pastu piala pusat khidmat komuniti semenyih tak henti2 bola dibuatnya...pas ni pun harap anjur je bola...maka jadila makan bola tidur bola dan berapa lama bola daaaaaaaaaaaaaaaa!
rasanya 'manusia yg takde nama' ni tak perasan kot...utk pengetahuan, PAS Semenyih tidak menganjurkan bola seperti mana yang dikatakan oleh 'manusia yg takde nama' ni...PAS Semenyih hanya menjadi pembantu atau urusetia sahaja disebabkan pengalaman yg mereka mahu PAS Semenyih sumbangkan, kalau pihak lain ingin menganjurkan sesuatu aktiviti takkan la kita ni nak menolak atau menghalang aktiviti pihak tersebut...kalau PAS Semenyih tidak membantu nanti org lain akan kata kita sombong pulak...kalau `manusia takde nama' ni ada pengalaman & dana utk membantu PAS Semenyih dipersilakan tampil kehadapan berjumpa dengan Pengarah MTD atau AJKnya...itu lebih baik sbb PAS Semenyih memerlukan golongan-golongan seperti 'manusia yg takde nama' ni utk memajukan PAS Semenyih...Allahuakhlam...
Catat Ulasan