Isnin, November 15, 2010
Jumaat, Februari 05, 2010
CERAMAH UMUM
Hari: AHAD
Waktu: 9.00 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai Pekan Semenyih
Penceramah:
1. Ustaz Kamal Ashaari
(Exco Dewan Pemuda PAS Pusat)
2. Y.B Saifuddin Nasution
(Setiausaha Agung PKR)
Semua dijemput hadir dan minta disebarkan.
Selasa, Februari 02, 2010
KULIAH HARAKI.
Hari: Rabu
Waktu: 9.15 malam
Tempat: Pejabat Pentadbiran & Tarbiyah PAS DUN Semenyih
Bandar Rinching, Seksyen 5
Penceramah: Ustaz Idris Ahmad
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
Semua dijemput hadir dan minta disebarkan.
Selasa, Januari 26, 2010
Kalimah Allah: Al-Qardhawi Persoal Inisiatif Malaysia?
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah. “Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.” “(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Qaradhawi, http://qaradawi.net. Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat. "Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi. Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini. "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya. Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah. Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan. Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah. Menurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia. |
Isnin, Januari 25, 2010
Buat Perubahan Untuk Elak Kemudaratan - Timb. Presiden PAS
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian PASTI Al Munawwarah, Taman Lagenda, Padang Serai, Kedah.
Menurut beliau, perubahan harus dan mesti berlaku dengan segera apabila rakyat menyedari bahawa mereka selama ini berada dalam kemunduran dan kesukaran hidup yang begitu parah, setelah kerajaan melaksanakan kaedah penjimatan yang menyusahkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.
"Kita tidak harus memberi sumbangan lagi kepada Umno dan Barisan Nasional. Caranya ialah jangan lagi memberi peluang kepada mereka untuk terus menerus mendapat kuasa untuk memerintah negara.
"Sehubungan itu perubahan harus dan mesti dilakukan dengan segera. Sekiranya perubahan ini tidak dilakukan maka kita sudah pasti akan berada dalam kesesatan dan kemunduran berterusan yang akan menjadikan kita sebagai mangsa kepada keadaan yang ada kini.
"Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mendapat kuasa untuk mentadbir negara maka hal dan hak yang berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah menjadi perjuangan utama kita.
"Oleh kerana itu bermula pada saat ini rakyat sudah harus membuat persediaan untuk mengorak langkah bagi mengubah kerajaan yang sedia ada supaya kemelesetan ekonomi dan kesukaran hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat kini dapat diperbaiki melalui pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh PR,"katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali dan kepimpinan PAS kawasan Padang Serai.
Isnin, Januari 11, 2010
Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.
Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.
Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.
“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.
“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.
Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).
Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.
Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.
PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.
Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.
Isnin, Disember 21, 2009
Sambutan 25 Tahun Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat
Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat, satu karnival iaitu Karnival Rakyat - Jom Halal- akan diadakan dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Kajang.
Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya sumbangan kepada fakir miskin, jualan produk halal, persembahan wayang kulit, persembahan teater, paintball, pertunjukan fesyen dan sebagainya.
Terdapat juga perkhidmatan kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, Kaunter MES, pertandingan booth terbaik, pameran dan jualan.
TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)
25 Dis.2009 (Jumaat)
3.00 pm Majlis Perasmian (Perasmi : Y.A.B. MB Selangor)
9.00 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – Kump as-Sofi, Kump. In-Team, Solo Azhan &
Solo Nazrey Ex-Raihan)
26 Dis. 2009 (Sabtu)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana : BICARA HALAL
27 Dis. 2009 (Ahad)
7.00 am - 12.00pm : Larian Rakyat
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum Perasmian 25 Tahun PAS Kawasan
28 Dis. 2009 (Isnin)
3.00 pm : Penyampaian pokok-pokok oleh Jabatan Pertanian
9.00 pm : Pertunjukan Fesyen (SHAMENSI)
: Dikir Barat
: Persembahan Kebudayaan Master Skill
29 Dis. 2009 (Selasa)
3.00 pm : Bantuan baju sekolah kepada anak-anak miskin di Hulu Langat
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin)
30 Dis. 2009 (Rabu)
3.00 pm : Program Ibu Tunggal
9.00 pm : Wayang kulit (Etong dari Kedah)
31 Dis. 2009 (Khamis)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Ceramah Agama (Ustaz Khairuddin Hamzah)
1 Jan. 2010 (Jumaat)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum (Pakatan Rakyat)
2 Jan. 2010 (Sabtu)
9.00 am – 5.00 pm : Pertandingan Gubahan
: Pertandingan Memasak
: Persembahan Pentas Teater (Pelawak Sabri Yunus & Pelajar Ma’ahad Tahfiz)
8.30 pm – 11.00 pm : Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy
3 Jan. 2010 (Ahad)
9.00 am – 5.00 pm : Poco-poco / Boling padang
: Pertandingan Paintball
: Majlis Penutup
Khamis, Disember 17, 2009
Isnin, Disember 14, 2009
Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Bawah 16 di Semenyih
Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Negeri Selangor Sdr. Ahmad Zaidy B. Abdul Muttalib yang juga selaku penyampai hadiah kejuaraan pada hari tersebut.
Didalam pertandingan tersebut pasukan yang diberi nama CIMB-B telah menjuarai dengan kemenangan 1-0 mengalahkan Pemuda Rinching-A.
TAHNIAH kepada yang menang dan kepada yang belum berjaya usaha lagi pada masa akan datang.
Klik sini untuk melihat aksi-aksi yang lebih menarik.
Khamis, Disember 10, 2009
Makan Malam DAP Semenyih
Kehadiran masyarakat cina Semenyih didalam majlis tersebut amat baik sekali, kami difahamkan sebanyak lebih 200 buah meja telah berjaya dijual dengan anggaran harga sebuah meja sebanyak RM1000.
Komitmen masyarakat Tionghua ini didalam memberi sumbangan dan sokongan terutamannya didalam menghulurkan wang ringgit patut menjadi contoh kepada kita untuk direalisasikan didalam perjuangan PAS.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen P.J Utara YB Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Eam Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching, Ketua Pemuda DAP YB Anthony Loke Siew Fook yang juga merupakan ADUN Lobak Negeri Sembilan dan beberapa pimpinan PKR dan DAP tempatan.
Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.