Selasa, November 11, 2008

PAS mula perkasa tarbiyyah



JERANTUT: PAS memulakan program untuk memperkasakan kembali program terbiyyah kepada ahli-ahlinya - satu usaha yang dilihat untuk mengurangkan banyak masalah yang melanda parti itu.

Lebih satu dekad lalu program terbiyyah PAS dikatakan semakin kurang diberi perhatian oleh pengikut parti itu, satu tempoh yang menyaksikan keahlian PAS bertambah berkali ganda dengan penyertaan daripada pelbagai golongan masyarakat.

Justeru memperkasakan kembali tarbiyyah dikalangan pengikut-pengikut PAS diyakini faktor penting sebagai persediaan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa dan kelangsungan daya tahan parti.

"PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 bertahan sehingga ke hari ini kerana apa? Tarbiyyah..." kata Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa dalam Konvensyen Tarbiyyah peringkat negeri Pahang.

"Tapi hari ini saya percaya ada kawasan yang sudah tidak menjalankan usrah (salah satu dari pengisian tarbiyyah) lagi," tambah beliau.

Selain usrah iaitu satu bentuk perbincangan berkumpulan dikalangan ahli PAS biasanya dibuat secara bulanan, pengisian lain yang popular dalam program tarbiyyah PAS ialah tamrin dan mukhayyam.

Nasharuddin merupakan pengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS, satu jawatan yang sebelum ini dipegang oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - kini memulakan usaha memperkasakan kembali elemen yang dikatakan kunci kekuatan PAS itu.

Setakat ini dilaporkan tiga negari telah selesai mengadakan pusingan pertama Konvensyen Tarbiyyah, program ini akan dilaksanakan keseluruh negara di mana menglibatkan Presiden dan Timbalan Presiden sendiri sebagai pembentang kertas kerja.

Dua timbalan kepada Nasharuddin telah dilantik iaitu Idris Ahmad dan Abu Bakar Chik yang akan melaksanakan peranan masing-masing bagi memastikan nafas baru kepada program tarbiyyah.

dipetik dari siasahdaily.blogspot.com

2 ulasan:

Sheikh Sambal berkata...

ELOK SANGAT TU....pada "mengusrah" geng UMNO tu, baik di tarbiyah ahli2 PAS yang banyak dah berbajukan PKR. Yang dah berjiwa PKR pun ramai...usrah kurang, politiking & projek yang lebih... bila Islam nak menang kalau pendokong PAS diingatkan PKR..

Wallallahu a'lam

Majlis Tindakan DUN N.24 Semenyih berkata...

betul tu Bro......itulah yang berlaku sekarang ni disemua peringkat...