Jumaat, November 28, 2008

Ceramah TGNA di Semenyih

Pada 22 Nov. 2008 bersamaan 24 Zulkaedah 1429 MTD Semenyih atau PAS DUN Semenyih bersama Kelab Penyokong PAS Semenyih telah berjaya membawa seorang hamba ALLAH yang amat disegani samada di Malaysia ataupun diperingkat antarabangsa untuk hadir bersama-sama rakyat di DUN Semenyih ini.



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz B. Nik Mat satu nama yang cukup dikenali dan disegani oleh kawan mahupun lawan. Merupakan seorang Menteri Besar yang satu-satunya di Malaysia ini membawa dan memperkenalkan dalam pemerintahan beliau dengan konsep "Membangun Bersama Islam".

Beliau juga seorang yang diberi amanah oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menjawat jawatan tertinggi didalam haraki Parti iaitu Mursyidul AM PAS dimana segala keputusan berkenaan parti akan diputuskan didalam Majlis Syura yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Sesungguhnya bumi Semenyih amat bertuah pada hari tersebut kerana Tuan Guru Dato' Nik Aziz sanggup hadir dibumi Semenyih walaupun didalam kesibukan beliau mentadbir negeri dan juga Parti. PAS DUN Semenyih difahamkan beliau hadir di Semenyih hanya kerana jemputan PAS DUN Semenyih dan Kelab Penyokong PAS pada hari tersebut. Beginilah jiwa dan sifat seorang pemimpin yang sanggup hadir dari jauh hanya semata-mata memenuhi jemputan dari PAS DUN Semenyih dan Kelab Penyokong PAS walaupun Semenyih ini hanya sebuah pekan yang kecil dan kurang dikenali.

Perjalanan TGNA di Semenyih.

Lebih kurang jam 5.30 ptg beliau tiba di KLIA dengan diiringi oleh Setiausaha Politik beliau.

Timbalan YDP PAS Kawasan Hulu Langat Sdr. Mat Jan bersama Pengarah MTD Semenyih Sdr. Samsol bersama beberapa jawatankuasa MTD telah menjemput TGNA di KLIA.

6.30 ptg, TGNA ditempatkan dirumah persinggahan yang terletak di Bandar Rinching. Disini beberapa aktiviti telah diatur oleh pihak PAS DUN Semenyih antaranya beliau akan berdialog bersama masyarakat India, menikmati makan malam dan bersolat.



9.00 malam, TGNA bertolak ketempat ceramah yang terletak lebih kurang 5 km dari tempat persinggahan beliau, perjalanan TGNA diiringi oleh petugas keselamatan Unit AMAL Hulu Langat. Kumpulan bermotorsikal sebanyak 20 buah yang terdiri dari pemuda PAS DUN Semenyih dan juga pemuda India telah mengiringi perjalanan TGNA sambil membawa bendera PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau tiba ditempat ceramah disambut oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat Tuan Hj. Razaly Hasan diiringgi dengan pukulan gendang tradisional India bersama deretan anak-anak gadis India yang memegang lilin. Apabila beliau sampai dipentas utama TGNA disambut pula oleh paluan kompang dari anak-anak muda yang dipanggil Kompang Remaja Al-Fateh (KRAF).



Diatas pentas TGNA disambut oleh YB. Dato' Dr. Hasan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor/Pesuruhjaya PAS Selangor), YB Dr. Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat/Tim. Pesuruhjaya PAS Selangor), Sdr. Ayau (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Semenyih) dan Sdr. Jamzuri Ardani (Naib YDP PAS Kawasan Hulu Langat) merangkap Pengerusi Majlis pada malam tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pemimpin-pemimpin tempatan yang terdiri dari pemimpin gereja, kuil, PIBG dan sebagainya. Acara kalungan bunga malai juga diadakan sebagai tanda penghormatan dan meraikan kehadiran pemimpin yang disayangi oleh pelbagai kaum itu.

Kelab Penyokong PAS juga telah memberi cenderahati kepada TGNA dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain sebagai kenang-kenangan dari mereka.

Majlis berakhir lebih kurang jam 12.00 malam dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan dengan dihadiri oleh pelbagai kaum. TGNA meninggalkan majlis dan dijadualkan berehat dirumah Kelantan kerana keesokan paginya TGNA akan terus pulang ke Kelantan.

Terimakasih Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz B. Nik Mat kerana sudi hadir ke Semenyih & terimakasih juga kepada petugas-petugas MTD Semenyih, Kelab Penyokong PAS, Unit AMAL yang dipimpin oleh Sdr. Rusli Abdullah, JKR Kajang, Alam Flora dan juga kepada yang hadir kerana telah menjayakan majlis tersebut.

Lihat album gambar ceramah disini...

4 ulasan:

Sheikh Sambal berkata...

Tahniah dan Syabas PAS & Kelab Penyokong PAS Semenyih... kita harap TGNA sudi datang lagi untuk berdakwah di Semenyih... TAKBIR!!

Tanpa Nama berkata...

salam buat pas semenyih!!
saya nak lontarkan pertanyaan adakah ianya benar atau sebaliknya,saya tengok dan di beritahu pas semenyih ni susah untuk dekati masyarakat khususnya bagi unit pemuda,ini berdasarkan cerita dan kalau salah harap di perbaiki dan silap saya harap maafkan saya!!....
saya amati terlalu ramai yang berminat dan boleh menyumbang sesuatu untuk parti ,khususnya di dun semenyih ni,tapi ramai yang bercakap malahan dengan pengamatan saya di dun semenyih ni susah nak bergaul dengan masyarakat luar ,tambahan pula yg mula nak berjinak2 dgn pas....
saya selalu kesana kesini berjumpa dengan orang ,malah boleh dipanggil/digelar dengan aktivis dalam bahasa yang lebih mudah di dun ini,merasakan apa yang di war warkan oleh mereka2 itu ada benarnya jugak....antara tanda2nya
1)program yang lebih bersifat pegasingan
2)tidak mesra
3)hanya bergaul dengan mereka yang tegar ahli di semenyih
4)jika ada program hanya sekelompok mereka sahaja yang tahu,yang tidak selalu bersama memang tidak langsung mengetahui hatta itu program yang lebih bersifat perdana,contohnya kehadiran tuan guru kita dan sebagai nya
+ mungkin saya tersilap,tapi kalau silap sila betulkan itula yang sebetulnya,saya tengok dan perhatikan dari segelintir masyarakat di dun semenyih ni sayap pemuda tidak begitu efecktif memain peranan untuk mendekati masyarakat dan menarik mereka,kelebihan yang ada adalah menyebelahi (bn)mungkin juga pada sebelah pehak sayap pemuda boleh menjawab pelbagai tohmahan dengan mengatakan kita dah lakukan semua ,yang bercakap memang senang tapi mungkin teguran ini dapat mengimbangi sedikit pendapat di antara beribu2 pendapat ditambahkan pula orang yg ingin menyumbang sesuatu untuk parti mereka tidak kita alu2kan,maksud alu2kan disini mendorong mereka untuk lebih berminat untuk bersama menyumbang tenaga.
disini saya syorkan kalau boleh pemuda mesti aktif mendekati remaja dan masyarakat diluar sana samaada,rangsang mereka,tauti mereka dan dorong mereka untuk bersama2 di dun kita,baru kita rasa seronok,dengan kehadiran yg ramai di setiap program yg kita anjurkan
kalau boleh peranan tu biar berkesan,dan setiap program baik program kecik ke besar ke samada ahli kita kat dun semenyih ini yg aktif ke atau tidak cuba infokan semua program yang kita jalankan,ini tidak saya rasa kadang2 tu ada yang x tahu langsung dengan program yang di jalankan,hatta tok guru kita datang pun ade yang x tahu menahu,cuma mereka tahu dari tengok pada kain pemidang je,saya rasa itu kelemahan sayap pemuda,jika semua program ke kita infokan,atau kita minta khidmat nasihat dari mereka itu,atau apa2 insyalaah lama2 mereka akan menjadi lebih berminat untuk bersama kita,
saya rasa mereka akan jadi lebih berminat jika curahan khidmat,tenaga,pendapat mereka kita alu2kan,
contohnya jika di sekolah cara paling berkesan untuk mendidik pelajar itu menjadi minat kepada kearah kebaikkan hanya dengan cara lantik mereka memegang badan pengawas ke,ketua darjah ke dan sebagainya,baru mereka di hargai..
ada satu kes kat dun semenyih ni jika ditengok zahir dan batin mmg penyokong tegar pas,tapi semangatnya tidak dihargai,so saya jumpa dengan beliau minta pendapat ttg dun semenyih,dengan sinis beliau menjawab,siapa lah kita di dun semenyih ni lain sikit org (kat sini)tidak hargai dan endahkan kita,dan oleh itu susah untuk kita bersama mereka,apa pun2 pun program x pernah beliau di beri maklumat so beliau lebih berminat di tempat dimana beliau pernah menetap dulu,
semoga teguran saya di lihat dengan sudut yang positif demi
sama-sama kita perbaikki ,
ilal lika
hurry_london@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

semoga PAS SEMENYIH lebih menonjol dan bersifat 'Visible' dalam mendekati rakyat semenyih...kini UMNO BN lebih nampak aktiviti dan program2 mereka,,terutama di PEkan SEmenyih...

Azzhar zahar berkata...

sekiranya ada urusan dan program di semenyih, silakan menginap di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Taip Aznur Homestay Blogigo kat google untuk melihat lebih lanjut. Atau wasap 017 6371728.