Selasa, November 25, 2008

Treasure Hunt

SEMENYIH Nov. 2008 - Pakatan Rakyat Semenyih telah mengadakan aktiviti `Treasure Hunt - Mesra Rakyat Keluarga Bahagia' pada 16 Nov. yang lalu. Sebanyak 20 kenderaan telah terlibat menyertai aktiviti tersebut.



Program ini telah dirasmikan oleh YB Cikgu Lee (ADUN Kajang), antaranya dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa dengan program ini dapat merapatkan lagi kemesraan antara keluarga dan juga dapat menjadi masyarakat yang prihatin tanpa mengira kaum dan juga agama supaya menjadikan kehidupan kita menjadi lebih harmoni dan berilmu.



Para peserta dilepaskan tepat pada jam 9.00 pagi bermula dari pusat membeli-belah The Store yang berada didalam pekan Semenyih atau lebih dikenali sebagai `Semenyih Sentral' seterusnya laluan tersebut melalui Sungai Tekala hingga ke Bt. 14 Hulu Langat dan memasuki lebuhraya Cheras-Kajang hingga ke Saujana Impian dan kembali ke Semenyih.

Tempat terakhir peserta-peserta ini perlu berkumpul adalah di Dewan Md. Silin, Pekan Beranang. Acara penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. Dr. Che Rusli B. Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat).



Juara keseluruhan `Treasure Hunt' pada tahun 2008 ini telah dimenangi oleh Puan Sapura bersama anak-anak beliau.

Lihat album disini...
Treasure Hunt

3 ulasan:

Sheikh Sambal berkata...

Syabas PAS Semenyih..telah berjaya menjalankan satu aktiviti yang bagus untuk menarik ramai rakyat untuk bersama PR.
Adakah PAS/PR berjaya menarik penyertaan orang bukan PAS untuk turut serta? 20 kereta boleh di kira sambutan yang baik...tetapi berapa buah keretakah bukan orang PAS yang punya?

PAS DUN Semenyih berkata...

alhamdulillah....sebenarnya ada juga non-muslim menyertai program tersebut lebih kurang 3 keluarga termasuk India & Cina cuma album gambar belum dapat link lagi dgn blog ni...ye la admin orang baru sebagai blogger ni, tgh belajar macamana nak link album tersebut dgn blog ni...saya budak baru belajar...tolong la tunjukkan...hee...hee..

PAS DUN Semenyih berkata...

ok....album gambar dah boleh dilihat...