Jumaat, Oktober 30, 2009

Patuhi Keputusan Mesyuarat....Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini.

Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar Jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakana satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu yang berlaku dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan. Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.


Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

3 ulasan:

hurry berkata...

tahniah tuan guru kerana syorkan ini semua,kalau tidak ramai yg diluar sana masih sangsi dgn pas selangor dan tak keterlaluan jika saya katakan ramai org dah mula tawar hati terhadap tindak tanduk pas selangor itu,kebanyakkan bangsa cina dan india yg saya jumpa mereka jadi pelik dgn sikap pas selangor,samaada nak keluar kerajaan pakatan selangor ke atau tak..itu mereka khuatir...harap lepas ni jadila pengajaran..perkukuhkan saja pakatan..itu saja kalau nak kekal memerintah selangor..percayala...pas tak akan menang tanpa gabungan pakatan..itu tak dapat dinafikan..dan mmg ramai org umno suka cara yg di ambil oleh dr hassan ali itu...untungnya umno...ini bukan jawapan ahli umno yg saya jumpa bukan jawapan saya ok..
dan saya syorkan di selangor ini ydp jgnla sekali2 di lantik sebagai ahli majlis...buruknya tohmahan org tertimpa kepada parti pas

Tanpa Nama berkata...

xpelh sheh, jd ydp bukan ade gaji pun. Jawatan je gah. cawgn dh mkin banyak tugas mkn berat. ydp bkn mcm ketua umno bhgn, semua tender mpkj dia sapu dan bgi2 kat ajk umno bhgn yg jga kontraktor. lps tu bg plk kat juak2 dia jln kn.Bln2 dpt 5% ke 10%. xcaye tya nuar ksun ksbr. psl tu dia kayo. Bkn setakat org je, blk gerakan pun dia beli. elaun ahli majlis bukan besar pun, lepas isi minyak pusing2 hulu lgt je. tu pun xckp.

Tanpa Nama berkata...

klau ada tohmahan tu tgggjwb kitalh sebgai ahli pas utk menangkisnya. Tender2 kt mpkj semua tok ketua mpkj yg tentukn seprti yg disarankn oleh mb selangor. Jgn ade curiga antara kita.