Isnin, Oktober 26, 2009

Saranan Muktamar Khas Mursyidul Am:Semua Pihak Diminta Bertenang

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.(Klip Video Didalam)
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/idrisahmad.jpgBeliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.

”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan,

”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,

”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,

”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.

4 ulasan:

hurry berkata...

tahniah di atas blog ini,ada kemajuan sedikit,cuma ahli2nya saja bahagian hulu langat sahaja...
saya yg ahli biasa pas ini terkejut bila majoriti masyarakat hulu langat boleh mengadu masalah yg di amalkan oleh ahli majlis dari pas,yang mana mereka mengadu 2x5 dengan umno....sedih tu mmg sedih...mereka mengadu banyak makan duit...tak tahula wallah hu aklam
dan satu lagi kenapa pas dan pkr kawasan hulu langat tak boleh bergabung...camana nak menang pilihanraya...ingat pas x akan menang tanpa pkr dan pkr tak akan menang tanpa pas....
saya seru ahli pas jagala tatatertib....semenjak pegang selangor mcm2 kedengaran...kalau tap percaya pergila borak2 kawasan hulu langat ni....malu saya kalau dengar....pemimpin pas peringkat pusat cuba tgok2kan kawasan hulu langat ni....dahla susah nak terima org yg cuba nak berjinak2 dgn pas....tak ngam pulak tu dgn pkr iaitu ahli gabungan dalam pakatan....pasal gosip ambik rasuah tu tak payah nak cerita la.....tepu telinga mendengarnya...ok sekian terima kasih..yang sayangkan parti

PAS Semenyih berkata...

berkenaan pasal makan rasuah tu, tak tahu la kami...rasanya elok kalau sesiapa yg mengetahui perkara ni secara `detail' & lengkap dgn bukti sekali, boleh la buat pengaduan kepada SPRM, Selcat atau pihak yg berwajib supaya mereka boleh siasat tentang tuduhan tersebut...ttg sikap ahli PAS ni tak pasti la pulak tak mesra dgn org yg baru berjinak dgn PAS...setahu kami tak pernah pulak kami menghalau org yg dtg mengadu kepada pejabat PAS DUN Semenyih...sekali lagi kami ingin nyatakan jikalau ada bukti ttg perkara ni boleh maklum kepada kami supaya kami blh perbetulkan mana yg tidak betul...taknak la hanya berselindung didalam tulisan diblog sahaja, minta tampil kehadapan....soal kerjasama PAS Kaw. Hulu Langat & PKR Hulu Langat rasanya takde masalah, mesyuarat berkala Pakatan Rakyat berjalan seperti biasa...tak nampak pulak takde kerjasama cuma ada beberapa program yg dirancang oleh PKR, PAS hanya dipanggil utk membantu hal-hal yg tertentu begitulah juga sebaliknya, secara dasarnya kerjasama tetap berjalan spt biasa..Allahukahlam...

hurry berkata...

salam
terima kasih di atas jawaban yg pihak pas semenyih lontarkan itu...
cuma kupasan saudara pengarang ttg tak mesra dgn org yg berjinak2 pada pas di gembeleng dgn halau itu saje...saya rasa jawapan itu tak sedikit kurang tepat...bukan maksud saya menghalau....faham tak maksud mesra itu...cuba pihak saudara amati..saya rasa ttg makna ngam tu pun saudara cuba amati...bukan tak berkerjasama..cuma ngam dan tak ngam....itu saja..
ttg mesra /terima org yg berjinak dgn pas di dun kawasan hulu langat ini saya bagi contoh strategi kita mengurus masjid,kita kena cari kaedah camana nak menarik org yg dtg sekali sekala ke masjid itu terasa seronok untuk mewarnai program masjid itu...mesti kita alu2kan orang itu..sambut salam,kita menyapa org itu terlebih dahulu dan banyak lagi langkah yg perlu di ambil...kalau tak mesra/tak terima tu contohnya pandang ke atas dan kebawah...mcm memandang dari makhluk asing...tengok camana cara tok guru nik aziz......mohd sabu dan sebagainya...
ttg rasuah itu kdg2 bila kita memerintah mmg org akan iri hati cuma kita kena berhati2 tapi yang tak sedap di dengarnya siap nak bg bukti lg org yg mengadu itu...kita boleh ibaratkan jika tiada angin masakan pokok bergoyang....
untuk pemantapan pakatan harap bila ada program pas itu sertakan bersama logo ke pkr atau dap(pakatan)tgok bn...program mereka program bn bukan program umno....jarangla kalau ada pun...sebab itu mereka boleh survive...ingat ,musuh kita yg paling aula adalah umno....bukan ahli pakatan ok...dan lastly hargaila kemenangan kita di selangor atas tiket pakatan ....dan ianya mungkin tiada lagi selepas ini...jika umno kembali mantap...dan itula yg umno telah lakukan sekarang...

PAS Semenyih berkata...

w'salam...terimakasih diatas nasihat saudara Hurry....
apa yg saya maksudkan ttg `halau' itu hanya andaian sahaja sbb komen pertama tuan tidak menjelaskan ttg 'kurang mesra' tersebut sbb definasi `mesra' ini luas, skng baru la jelas apa yg dimaksudkan mesra oleh saudara Hurry...
ttg rasuah atau makan duit itu perlulah dibuktikan sbb ini adalah satu pertuduhan kita tidak boleh hanya gunakan `hear say' sahaja sbb tu la kepada yg ada keyakinan bahwa ada berlaku penyelewengan sila tampil kehadapan & buat laporan, biar pihak berwajib yg menyiasat perkara ini, kalau semua kita gunakan istilah `tiada angin masakan pokok bergoyang'...susah la macam ni...
takpe la, kita tunggu setakat mana kebenaran perkara tersebut, apa-apa pun kami amat berbesar hati dengan nasihat & teguran saudara Hurry untuk memantapkan Pakatan Rakyat & kami amat berharap individu macam Sdr. Hurry ini dapat bersama-sama dgn kami demi utk memantapkan PR di Selangor ini khususnya di DUN Semenyih.