Isnin, Disember 21, 2009

Sambutan 25 Tahun Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat

ihsan dari blog MTD Dusun Tua


Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat, satu karnival iaitu Karnival Rakyat - Jom Halal- akan diadakan dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Kajang.

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya sumbangan kepada fakir miskin, jualan produk halal, persembahan wayang kulit, persembahan teater, paintball, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

Terdapat juga perkhidmatan kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, Kaunter MES, pertandingan booth terbaik, pameran dan jualan.

TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)

25 Dis.2009 (Jumaat)
3.00 pm Majlis Perasmian (Perasmi : Y.A.B. MB Selangor)
9.00 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – Kump as-Sofi, Kump. In-Team, Solo Azhan &
Solo Nazrey Ex-Raihan)

26 Dis. 2009 (Sabtu)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana : BICARA HALAL

27 Dis. 2009 (Ahad)
7.00 am - 12.00pm : Larian Rakyat
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum Perasmian 25 Tahun PAS Kawasan

28 Dis. 2009 (Isnin)
3.00 pm : Penyampaian pokok-pokok oleh Jabatan Pertanian
9.00 pm : Pertunjukan Fesyen (SHAMENSI)
: Dikir Barat
: Persembahan Kebudayaan Master Skill

29 Dis. 2009 (Selasa)
3.00 pm : Bantuan baju sekolah kepada anak-anak miskin di Hulu Langat
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin)

30 Dis. 2009 (Rabu)
3.00 pm : Program Ibu Tunggal
9.00 pm : Wayang kulit (Etong dari Kedah)

31 Dis. 2009 (Khamis)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Ceramah Agama (Ustaz Khairuddin Hamzah)

1 Jan. 2010 (Jumaat)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum (Pakatan Rakyat)

2 Jan. 2010 (Sabtu)
9.00 am – 5.00 pm : Pertandingan Gubahan
: Pertandingan Memasak
: Persembahan Pentas Teater (Pelawak Sabri Yunus & Pelajar Ma’ahad Tahfiz)
8.30 pm – 11.00 pm : Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy

3 Jan. 2010 (Ahad)
9.00 am – 5.00 pm : Poco-poco / Boling padang
: Pertandingan Paintball
: Majlis Penutup

6 ulasan:

Awanama berkata...

tahniahla kepada pas hulu langat,banyak jugak program tu...tapi pelik jugak ramai gak ahli2 pas tak tahu pun tentang program yg di jalankan...kalau rakan dalam pakatan tu sementelahanla...yg program makan malam kat dewan mpkj baru ni pun semua org tak tahu....mungkin tak sempat kot...yg sempat b agi tahu kepada ahli2 pas hanyala kuliah haraki je....yg lain tak pandangnya org atasan tu...siapala ahli pas yg bawah ni....tu kdg2 ramai kenalan2 saya dan ramai lagi dah tak minat nak joint program2 pas....susahla kan bila dah menang ni...masa tak menang dulu semua benda bersama....

Awanama berkata...

asalamualaikum........program yang gah pada nama tapi sayang pengisian nya kurang,tempat tak strategik,karnival rakyat tapi lebih pada karnival syok sendiri...bayangkan dah nak masuk seminggu crowd boleh kira dengan jari...event management lepas tangan..pas hulu langat pun lepas tangan........yang menanggung rugi adalah peniaga......kena ada yang tak halalkan bayaran tapak dia orang tu baru tau....rm2500 satu booth..hampir sama taraf jom heboh..tapi hampeh....tunggu jer lah waktunya...sesuatu yg panas akan berlaku............

Awanama berkata...

Kenapa promosi teruk sangat. Ramai yg tak tau program ni. Sepatutnya buat lah promosi dalam harakahdaily , suara keadilan dan malaysiakini. Barulah ramai yg akan hadir. Bunting pun terlalu kurang digantungkan..!

Awanama berkata...

promosi camana,org pas sendiri yg dok sekitar ni pun tak tahu program ni,mungkin dia org nak buat senyap2 kot...tapi pasal kuliah haraki boleh kata hari2 sms ahli tu....mungkin yg ahli biasa ni patut di sibukkan dgn kuliah je yg program lain tu tak payah!....takut naik nama org biasa pas kot!

Labi adik beradik Labuuu berkata...

apa yg kau mengarut ni labuuu (org tanpa nama)....bunting, poster & kain rentang ada dimana-mana la bro, org lain elok je dtg beramai-ramai kat mana lagaknya dia org tgk promosi tu ye...bila dah ternampak ada program parti tu..pergi je la....takkan la org nak bentang dgn red carpet pulak atau nak berjemput & berhantar...lu pikir la sendiri bro...byk sgt alasan la...

Awanama berkata...

buat labi ni pun satu...masalahnya kalau bab usrah pandai lak sms..tapi bab jamuan tak tahu lak sms..masalahnya di samsol tu ramai org semenyih tak suka